Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Friday, September 14, 2012

rainbow swirl cake

Alhamdulillahhh..

selepas gone through few incidents..cake ini selamatttt siap..fuhh..i st tu..tersilap temperature..nk buat mcm mana..tpt pusing temperature tu dah rosak/patah (tiba2 rasa nak marah sb bkn  saya yang menjahanamkan) tak sampai 20 minit cake dah masak dan hangit on the top sahaja..kena potong bahagian atas..time nk letak topping..rupanya tengah tak masak lagiiii...kena masukkan dalam oven balik...time nk masukkan dlm oven..loyang tu terbalik la pulakkk..half dah hilang :s 

hari tu time rajin sudah tiba..so decided utk membuat pudding cocktail, rainbow swirl cake, pudding triffle + fruit salad..sebenarnya kitorang satu family nk buat open house (bbq style) secara besar-besaran.. unfortunately ada sesuatu berlaku dan dari besaran kepada kecilan..cukup lah..hanya kami2, family abang ipar, family my dear husband dan beberapa org yang masih ada di rmh..spt biasa sy suka membuat cake tanpa mengikut sukatan yang betul..main agak2 je..sb tu  timee my friends minta recipe..it took me a while to share sb i need to work out the gramsssssss hehe 

anyways..this cake is actually a butter cake..it is just that i separate the batter into 3 containers pastu letak 2-3 drops of colorings..edible punya okkk pas tu letak dlm loyang tu1 by 1..mcm mula2 letak color merah pastu letak biru then letak color kuning on top..lepas tu ambik sudu..buat bulatan supaya colors tu bercantum secara swirl :D  tapi jgn kacau semua sekali gus yerrr 



Rainbow Swirl Cake Recipe


1 buku butter

1 ½ cups sugar
2 ½ cups sifted flour
1 tablepoons baking powder
1 teaspoon salt
5 eggs
1 cup milk (kalau nk gemuk letak fullcream milk @ susu formula baby tu huhu)
1 ½  tablespoons vanilla essence 

cream frosting tu..

1/2 butter
1/2 cream cheese
1 cup icing sugar
1 1/2 vanilla essence


 yang swirl tu kt dalam la sebenarnyaaa..




dan sakit hati jugak la saya next day tu..time cari cake..rupanya bibik my elder sister tu terlampau creative..dihumbannya semua cake dlm tupperware..walaupun 1/4 je tinggal..sah2 la tak muat dlm tu...cake ku menjadi huduhhhhh..

Tuesday, July 31, 2012

Chocolate cake dan saya..


skrng sudah jarang saya memasak dan membaking..padahal itulah cara saya merelease tension..tapi sekarang menjadi lebih tension kalau masak or bake..time pregnant baru ni saya selalu sangat mengidam nak makan homemade chocolate cake+coke. These 2 are my favourite masa sebelum pregnant pun..sebelum ni hanya saya seorang yang suka baking kat rumah..so dah tak ada orang yang boleh buat chocolate cake untuk saya so..kena buat sendirilaaa jawap nya!

tapi yang ni special sikit sebab saya letak shaved whittaker's chocolate on top + topping sekali..my dear husband makan dengan lajunya +siap mintak lagi but ;when i told him the secret ingredients..dia terus tak nak makan dah saya add sedikit..sedikit yer (sengih jahat :D) butter too


Moist Chocolate Cake
2 1/2 cawan tepung
2 cwn gula (Kurang kan kalau tidak suka manis)
2 biji butter (500gm)
2 sudu besar baking powder
7 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
* 2 cwn koko (ambil 4 sudu besar asingkan utk topping)
* 2 cawan gula (kurangkan juga kalau tidak suka manis)
* 2 1/2 cawan air kosong (saya suka letak fresh milk)

*3 bahan yg ade star tu kena masak atas dapur api perlahan, masak sampai sebati semua. then tutup api, kacau hingga sejuk.

Cara-nya:
Pukul butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur 1 persatu diselang seli dgn tepung, baking powder, dan juga adunan koko yg dimasak atas dapur tadi.
Pukul semua hingga sebati.
Last sekali masukkan esen vanilla.
Bakar pada suhu 170 deg selama satu jam

* Kalau tidak cukup masak tambah lagi waktu, Sebab waktu masak mungkin lain2 depends on bekas
kek yang di gunakan. (kalau lama sgt may be cake tak berapa  moist)

Chocolate Topping
5 sudu besar gula
250gm butter
4 sudu besar koko ( yg diambil dari 2 cawan koko di atas tadi )
3/4 tin susu pekat (tin besar)

Caranya

Campur semua bahan, masak atas dapur. Kacau hingga sebati dan pekat..
Tuang di atas cake tadi.

p/s saya selalu bahagikan ingredients kepada half sebab kat rumah tak banyak orang..nanti tak habis :D tq to amy for the recipe!